Kaedah In Vitro Fertilisation (IVF) atau rawatan kesuburan adalah kaedah yang perlu dipertimbangkan oleh setiap pasangan yang menghadapai masalah kesuburan. Masalah kesuburan yang dilalui oleh setiap pasangan adalah berbeza dan pengalaman IVF turut berbeza antara satu sama lain.

Children born through IVF face higher risk of cardiovascular disease, warns  study | The Independent | The Independent

Mangalami masalah kesuburan yang tidak dapat dijelaskan di mana tiada sebarang masalah yang nyata pada pesakit adalah antara sebab mengapa pasangan mendapatkan rawatan IVF. Terdapat kemungkinan terjadi masalah tersumbat di tiub fallopian kanan atau kira yang menghalang sperma daripada bertemu ovum, disfungsi ovulatori dan mungkin disebabkan oleh kecacatan dalam kuantiti dan kualiti sperma

Bagaimanapun, dengan kewujudan pelbagai maklumat mengenai apa itu IVF khasnya di media sosial telah mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan orang awam. Berikut merupakan 5 mitos berkaitan rawatan IVF di Malaysia.

1. Rawatan Kesuburan Boleh Dijalankan Tanpa Mengikut Peringat Usia

Menurut pakar, kadar proses IVF berjaya amat berkait rapat dengan usia seseorang pesakit. Apabila seseorang individu telah semakin meningkat usia, rezab atau simpanan ovari individu tersebut akan berkurangan. Hal ini akan mengakibatkan penurunan kualiti dan kuantiti telur yang akan dihasilkan.

Dengan ini kadar keberhasilan IVF akan menurun. Justeru, amat penting pesakit mendapatkan khidmat daripada perunding perubatan di klinik rawatan kesuburan bagi menentukan samaada kondisi kesihatan mereka adalah sesuai untuk menjalankan IVF atau sebaliknya.

2. Individu Yang Pernah Mengalami Keguguran Tidak Boleh Menjalani Kaedah IVF

Rawatan kesuburan IVF boleh dijadikan salah satu pilihan bagi pasangan yang telah berkahwin walaupun pernah mengalami keguguran sebelum ini. Bayi abnormal adalah salah satu punca utama berlaku keguguran, di mana badan pesakit akan menghindar daripada berlakunya implan dalam rahim atau menyebabkan kegagalan kehamilan.

Jika kesihatan bayi dalam kandungan dijamin, risiko kandungan boleh dikurangkan. Selepas terjadinya embrio melalui rawatan IVF, Doktor boleh melakukan ujian generik di atas bayi yang berada dalam kandungan untuk memeriksa tahap kesihatan mereka sama ada sihat atau sebaliknya.

Dengan melakukan pemeriksaan ini, pasangan yang menjalani IVF dapat melepaskan nafas lega setelah mengetahui bahawa embrio yang sihat akan dipindahkan kedalam rahim.

3. Masalah Kesuburan Tidak Akan Berlaku Sekiranya Pesakit Telah Mempunyai Anak

Masalah kesuburan sekunder boleh terjadi dikalangan individu yang pernah mengandung sebelum ini dan menyebabkan mereka sukar untuk memperolehi zuriat seterusnya. Kehamilan sebelumnya mempunyai kemungkinan yang menyebabkan masalah yang baru kesan daripada komplikasi pembedahan atau infeksi yang berlaku berikutan kelahiran anak yang berkemungkinan menyebabkan parut yang boleh mendatangkan masalah kesuburan.

4. Kaedah Rawatan IVF Sangat Mahal

Ramai yang tidak mengetahui bahawa harga IVF di Malaysia adalah agak berpatutan jika ingin dibandingkan dengan negara lain. Rawatan IVF memerlukan kos yang lebih tinggi kerana ia memerlukan bermacam prosedur yang berperingkat. Dari merangsang telur dalam ovari melalui suntikan, mengeluarkan telur tersebut sebaik sahaja ia dianggap telah memenuhi tahap optimum dari segi saiz.

Ini termasuklah bermacam prosedur lain yang hanya boleh dijalankan oleh kakitangan berkemahiran (embriologis) dengan menggunakan pelbagai peralatan khusus di dalam makmal IVF. Peralatan khusus ini turut memerlukan kos yang tinggi untuk dibeli, diselenggara dan digunakan untuk memperolehi keputusan yang diinginkan.

Bagaimanapun, pasangan boleh berharap kepada pilihan pembiayaan seperti menggunakan EPF bagi menjalani rawatan kesuburan. Dengan adanya tips IVF yang dikongsikan oleh pasangan yang telah berjaya dan para pakar, ini membolehkan peluang keberhasilan proses IVF sangat tinggi.

5. Rawatan IVF Boleh Menyebab Menopaus Awal Dari Usia Yang Sepatutnya

Mitos ini adalah tidak benar sama sekali dan pakar memberi jaminan kepada pesakit bahawa IVF tidak akan menyebabkan menopause awal. Apa yang terjadi ialah pada setiap bulan badan wanita telah menetapkan berapa banyak jumlah folikel yang akan berada di kilang ovari. Dengan terjadinya perubahan hormon, hanya satu atau dua folikel sahaja yang akan membesar, mematang dan dikeluarkan pada masa ovuluasi.

Folikel-folikel yang lain akan perlahan-lahan mengecil dan diserap. Akan tetapi, sewaktu berlakunya rawatan IVF, folikel-folikel yang telahpun berada di kilang ovari pada bulan tersebut semuanya akan membesar dan matang ketika ubat-ubatan ransangan hormon diberikan.

Sekiranya kitaran haid pertama tidak berjaya, perunding akan mengimbas semula pada kitaran pertama pesakit dan menentukan sekiranya terdapat apa-apa perkara yang boleh dilakukan dengan alternatif berbeza untuk memperolehi keputusan lebih bagus pada kali kedua rawatan dan seterusnya.